PENGERUSI KOLEJ WIT

Y.Bhg. Tan Sri Zainal Rampak

Kata Aluan Pengerusi

 

Bagi pihak Lembaga Pengarah Kolej WIT, izinkan saya membuka lembaran website ini untuk menjelaskan beberapa perkara penting terhadap penubuhan Workers Institute of Technology (WIT).

 

Kolej WIT telah ditubuhkan pada tahun 1977 diatas sebidang tanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah kepimpinan Allahyarham Dato' Seri Harun bin Haji Idris, Menteri Besar Selangor pada waktu itu dengan premium yang paling rendah.  Kerajaan Negeri Selangor menyokong usaha Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan untuk membangunkan sebuah Kolej Kemahiran untuk melahirkan tenaga mahir dalam kalangan anak-anak kaum pekerja, anak-anak miskin tegar, anak-anak luar bandar, dan anak-anak ibu tunggal. Tidak terdapat di mana-mana Negara, sebuah Institut Kemahiran dibangun, diterajui dan diusahakan oleh Kesatuan Sekerja kecuali di Negara kita, Malaysia.

 

Sejak ditubuhkan sehingga hari ini, lebih 37 ribu orang tenaga mahir telah dilahirkan dan Kolej WIT akan terus melaksanakan visi dan misinya demi untuk Negara dan bangsa tercinta. Kebanyakkan dari mereka telah mendapat pekerjaan dengan gaji yang lumayan di syarikat-syarikat antarabangsa yang melaburkan modal mereka di Negara ini dan juga syarikat tempatan. Sesetengah dari mereka telah menjadi ahli korporat yang berjaya dan ada yang menjadi usahawan dengan membuka perniagaan sendiri.

Mulai tahun 2019, kuota yang diperuntukkan oleh Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK) kepada Pusat Bertauliah adalah semakin berkurangan dari tahun ke tahun sebelumnya dan ianya tidak dapat menampung permintaan yang begitu tinggi dalam kalangan penuntut-penuntut yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.

 

Disebabkan kuota yang berkurangan, Kolej WIT telah mengorak langkah dengan memperkenalkan sistem “BELAJAR TANPA MEMINJAM” dengan bayaran yuran bulanan secara tunai yang rendah termasuk penginapan hostel. Penuntut boleh bekerja separuh masa di syarikat-syarikat sekitar Lembah Klang seperti Pizza Hut, McDonalds, Burger King, Pasaraya-pasaraya dan juga Industri pengeluaran yang memerlukan tenaga kerja. Permintaan untuk mendapatkan tenaga pekerja oleh majikan adalah tinggi pada setiap masa dengan menawarkan gaji yang berpatutan.

 

Justeru itu, saya menyeru ibu bapa, pelajar-pelajar lepasan sekolah, belia dan belianis supaya mengambil keputusan yang tepat dengan mendaftar diri di Kursus-Kursus Kemahiran yang terdapat di Kolej WIT. Kolej WIT mempunyai prasarana yang lengkap dari segi bangkel, bilik kuliah, musollah, kafeteria, gelanggang sukan dan juga tenaga pengajar pakar dan berpengalaman dalam setiap bidang kursus yang dijalankan di Kolej WIT.

 

Dengan pembayaran tunai, selepas tamat belajar anda semua tidak lagi dibebankan dengan hutang pinjaman dari TPK serta interest 3% yang dicaj oleh TPK. Dengan hal demikian, anda boleh merancang kehidupan masa depan anda yang lebih sempurna dan lebih baik.

 

Akhir kalam, saya dengan rendah diri menyampaikan kata hikmat,

 

“DATANG DENGAN SERIBU HARAPAN,

PULANGLAH DENGAN SERIBU KEJAYAAN.”

 

Tan Sri Hj. Zainal Rampak

Pengerusi, Lembaga Pengarah Kolej WIT

KOLEJ WIT DIIKTIRAF OLEH AGENSI KERAJAAN SEPERTI BERIKUT
UTAMA Kata Aluan Pengerusi Visi dan Misi Latar Belakang Kolej WIT Kemudahan dan Fasiliti Kerjaya di Kolej WIT
KURSUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Sijil Kejuruteraan Mekatronik (CME) Diploma Kejuruteraan Latihan Korporat Daftar Online
BERITA Berita dan Aktiviti Kolej WIT Majlis Konvokesyen Kolej WIT ALUMNI HUBUNGI KAMI
© 2019 Hak Cipta Terpelihara, KOLEJ WIT
KOLEJ WIT DIIKTIRAF OLEH AGENSI KERAJAAN SEPERTI BERIKUT
UTAMA Kata Aluan Pengerusi Visi dan Misi Latar Belakang Kolej WIT Kemudahan dan Fasiliti Kerjaya di Kolej WIT
Berita dan Aktiviti Kolej WIT
© 2019 Hak Cipta Terpelihara, KOLEJ WIT
KOLEJ WIT DIIKTIRAF OLEH AGENSI KERAJAAN SEPERTI BERIKUT
UTAMA Kata Aluan Pengerusi Visi dan Misi Latar Belakang Kolej WIT Kemudahan dan Fasiliti Kerjaya di Kolej WIT
KURSUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Sijil Kejuruteraan Mekatronik (CME) Diploma Kejuruteraan Latihan Korporat Daftar Online
Berita dan Aktiviti Kolej WIT Majlis Konvokesyen Kolej WIT
© 2019 Hak Cipta Terpelihara, KOLEJ WIT
KOLEJ WIT DIIKTIRAF OLEH AGENSI KERAJAAN SEPERTI BERIKUT
UTAMA Kata Aluan Pengerusi Visi dan Misi Latar Belakang Kolej WIT Kemudahan dan Fasiliti Kerjaya di Kolej WIT BERITA Berita dan Aktiviti Kolej WIT Majlis Konvokesyen Kolej WIT
KURSUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Sijil Kejuruteraan Mekatronik (CME) Diploma Kejuruteraan Latihan Korporat Daftar Online ALUMNI HUBUNGI KAMI
© 2019 Hak Cipta Terpelihara, KOLEJ WIT

Kata Aluan Pengerusi

 

Bagi pihak Lembaga Pengarah Kolej WIT, izinkan saya membuka lembaran website ini untuk menjelaskan beberapa perkara penting terhadap penubuhan Workers Institute of Technology (WIT).

 

Kolej WIT telah ditubuhkan pada tahun 1977 diatas sebidang tanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah kepimpinan Allahyarham Dato' Seri Harun bin Haji Idris, Menteri Besar Selangor pada waktu itu dengan premium yang paling rendah.  Kerajaan Negeri Selangor menyokong usaha Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan untuk membangunkan sebuah Kolej Kemahiran untuk melahirkan tenaga mahir dalam kalangan anak-anak kaum pekerja, anak-anak miskin tegar, anak-anak luar bandar, dan anak-anak ibu tunggal. Tidak terdapat di mana-mana Negara, sebuah Institut Kemahiran dibangun, diterajui dan diusahakan oleh Kesatuan Sekerja kecuali di Negara kita, Malaysia.

 

Sejak ditubuhkan sehingga hari ini, lebih 37 ribu orang tenaga mahir telah dilahirkan dan Kolej WIT akan terus melaksanakan visi dan misinya demi untuk Negara dan bangsa tercinta. Kebanyakkan dari mereka telah mendapat pekerjaan dengan gaji yang lumayan di syarikat-syarikat antarabangsa yang melaburkan modal mereka di Negara ini dan juga syarikat tempatan. Sesetengah dari mereka telah menjadi ahli korporat yang berjaya dan ada yang menjadi usahawan dengan membuka perniagaan sendiri.

Mulai tahun 2019, kuota yang diperuntukkan oleh Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK) kepada Pusat Bertauliah adalah semakin berkurangan dari tahun ke tahun sebelumnya dan ianya tidak dapat menampung permintaan yang begitu tinggi dalam kalangan penuntut-penuntut yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.

 

Disebabkan kuota yang berkurangan, Kolej WIT telah mengorak langkah dengan memperkenalkan sistem “BELAJAR TANPA MEMINJAM” dengan bayaran yuran bulanan secara tunai yang rendah termasuk penginapan hostel. Penuntut boleh bekerja separuh masa di syarikat-syarikat sekitar Lembah Klang seperti Pizza Hut, McDonalds, Burger King, Pasaraya-pasaraya dan juga Industri pengeluaran yang memerlukan tenaga kerja. Permintaan untuk mendapatkan tenaga pekerja oleh majikan adalah tinggi pada setiap masa dengan menawarkan gaji yang berpatutan.

 

Justeru itu, saya menyeru ibu bapa, pelajar-pelajar lepasan sekolah, belia dan belianis supaya mengambil keputusan yang tepat dengan mendaftar diri di Kursus-Kursus Kemahiran yang terdapat di Kolej WIT. Kolej WIT mempunyai prasarana yang lengkap dari segi bangkel, bilik kuliah, musollah, kafeteria, gelanggang sukan dan juga tenaga pengajar pakar dan berpengalaman dalam setiap bidang kursus yang dijalankan di Kolej WIT.

 

Dengan pembayaran tunai, selepas tamat belajar anda semua tidak lagi dibebankan dengan hutang pinjaman dari TPK serta interest 3% yang dicaj oleh TPK. Dengan hal demikian, anda boleh merancang kehidupan masa depan anda yang lebih sempurna dan lebih baik.

 

Akhir kalam, saya dengan rendah diri menyampaikan kata hikmat,

 

“DATANG DENGAN SERIBU HARAPAN,

PULANGLAH DENGAN SERIBU KEJAYAAN.”

 

Tan Sri Hj. Zainal Rampak

Pengerusi, Lembaga Pengarah Kolej WIT

KOLEJ WIT DIIKTIRAF OLEH AGENSI KERAJAAN SEPERTI BERIKUT
UTAMA Kata Aluan Pengerusi Visi dan Misi Latar Belakang Kolej WIT Kemudahan dan Fasiliti Kerjaya di Kolej WIT Berita dan Aktiviti Kolej WIT Majlis Konvokesyen Kolej WIT
KURSUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Diploma Kejuruteraan Latihan Korporat Daftar Online
© 2019 Hak Cipta Terpelihara, KOLEJ WIT