SIJIL KEJURUTERAAN MEKATRONIK (CME)

Sijil Kejuruteraan Mekatronik (CME) adalah program yang menyediakan pelajar untuk melanjutkan pendidikan mereka ke dalam kursus Diploma Kejuruteraan di Kolej WIT kecuali dalam Diploma Sains Komputer. Program ini mengambil masa selama satu tahun 3 bulan sahaja. Program ini adalah program intensif yang menjamin kemasukan ke program Diploma di Kolej WIT. Kebanyakan subjek dalam program CME adalah subjek kredit yang ada di kebanyakan kolej. Dengan gabungan idea dari kepakaran dalam bidang pendidikan, kursus sijil ini menyediakan pelajar dengan batu loncatan akademik yang sempurna ke kolej.

 

Dengan mempelajari program sijil ini di Kolej WIT, dapat memberi peluang kepada anda untuk mengalami pendidikan yang tidak ada di tempat lain.

SYARAT KEMASUKAN

GCE 'O' Level / Lulus SPM dengan 1 kredit

(lulus inklusif dalam matematik atau mana-mana subjek sains); atau

Kelayakan setara yang lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia