KOLEJ WIT MEMPUNYAI KEMUDAHAN ASAS DAN FASILITI YANG TERBAIK

PERPUSTAKAAN

Perpustakaan di Kolej WIT mempunyai lebih 1000 bahan bacaan, merangkumi bahan rujukan berkaitan bidang-bidang teknikal seperti kejuruteraan, automotif, sains komputer, elektrikal, elektronik, kecantikan, mekanikal. Terdapat juga bahan rujukan berkaitan saintifik seperti sains, fizik, matematik dan juga bacaan umum. Di perpustakaan Kolej WIT juga terdapat 10 buah komputer untuk kegunaan para penuntut untuk mencari maklumat.

KELAS PEMBELAJARAN TEORI DIPLOMA DAN SKM

Kolej WIT menyediakan kelas pembelajaran teori yang mencukupi untuk penuntut Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia yang bersih dan dilengkapi dengan penyaman udara untuk keselesaan para penuntut Kolej WIT

BENGKEL PEMBELAJARAN PRAKTIKAL

BENGKEL AUTOMOTIF

BENGKEL MEKANIK INDUSTRI

BENGKEL KIMPALAN ARKA KEPINGAN LOGAM (WELDING)

MAKMAL SISTEM KOMPUTER

BENGKEL PW2 & AO CHARGEMAN

BENGKEL MEKATRONIK DAN AUTOMASI

BENGKEL ELEKTRIK

PUSAT SPA & KECANTIKAN

PUSAT PENGASUHAN & PENJAGAAN KANAK-KANAK

Kolej WIT juga menyediakan bengkel pembelajaran praktikal yang mempunyai peralatan yang lengkap dan moden untuk para penuntut Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia di Kolej WIT. Kursus SKM di Kolej WIT menekankan pembelajaran 30% teori dan 70% praktikal.

PUSAT LATIHAN TAJAAN TOYOTA (T-TEP) DI KOLEJ WIT

Pada 13 April 2015, pihak Kolej WIT dan UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah memeterai perjanjian persefahaman (MOU)  yang disaksikan oleh YB Dato' Seri Hj. Mohd Shafie Bin Hj. Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Malaysia) yang menjanjikan penuntut Kolej WIT yang memasuki program SKM Automotif mendapat peluang kerjaya di kilang Toyota. Sehubungan itu, pihak UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah menaja sebuah Pusat Latihan Teknikal Toyota yang bertempat di Blok A Kolej WIT.

MUSOLLA GAYAH RAMPAK

Musolla Gayah Rampak dibina berhampiran hostel untuk memudahkan penuntut-penuntut menjalani ibadah solat serta melakukan aktiviti kerohanian seperti program motivasi, pembelajaran Al-Quran dan sebagainya. Para penuntut juga tidak perlu keluar ke masjid untuk mendirikan Solat Jumaat kerana Musolla Gayah Rampak telah diberi kelulusan oleh Jabatan Agama Islam Selangor untuk mengadakan Solat Jumaat.

"Anda dilatih ilmu dunia dan akhirat di Kolej WIT"

KAFETERIA KOLEJ WIT

Kolej WIT mempunyai kafeteria yang menyediakan pelbagai pilihan makanan dari sarapan hingga makan petang untuk para penuntut dan kakitangan Kolej WIT.  Di kafeteria ini juga disediakan Wi-Fi percuma untuk seluruh warga Kolej WIT.

PADANG RIADAH

Di dalam kampus Kolej WIT mempunyai beberapa padang sukan dan riadah, antaranya adalah padang bola sepak, padan futsal, gelanggang bola jaring, gelanggang bola keranjang, dan gelanggang badminton/sepak takraw untuk kegunaan harian para penuntut serta kakitangan Kolej WIT.

KENDERAAN KOLEJ WIT

Kolej WIT mempunyai beberapa buah kenderaan yang beberapa daripadanya dihadiahkan daripada syarikat -syarikat seperti Kastam Malaysia, Perodua, Toyota, Nissan, Northport, Proton, dan sebagainya untuk kegunaan pembelajaran para penuntut. Bas Kolej WIT digunakan untuk tujuan lawatan sambil belajar penuntut Kolej WIT ke kilang atau ke program motivasi luar kampus.